suria

Polis Pantau Individu Sokong Kumpulan Pengganas Daesh

BALING: Pergerakan individu tertentu di negeri Kedah yang dikenal pasti ada kaitan dengan aktiviti menyokong kumpulan pengganas Negara Islam (IS) atau Daesh di luar negara berada dalam pemantauan Polis.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Bukit Aman dalam mengawal dan memantau pergerakan individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan di bawah program Kembali ke sekolah rumah anak yatim Abu Nur Pengkalan Hulu, Perak dan rumah anak yatim Nur Hidayah Kampung Sadik, Kupang .

Seramai 54 orang dari rumah anak yatim Abu Nur Pengkalan Hulu dan 18 dari rumah anak yatim Nur Hidayah menerima sumbangan pakaian dan wang tunai kepada pihak pengurusan untuk menguruskan rumah anak yatim.

Zamri turut menasihati penyokong bola sepak Kedah yang akan berkonvoi ke Selangor supaya mengutamakan pemanduan berhemah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh memburukkan nama baik negeri Kedah semasa dan selepas perlawanan.

"Saya menasihatkan penyokong Kedah elakkan dari memandu secara yang boleh membahayakan diri semasa di jalan raya dan tidak melakukan sesuatu provokasi semasa perlawanan dan selepas perlawanan tamat," katanya. -Bernama

Artikel Lain