suria

Jangan Paksa Najib-Muhyiddin Berpeluk - Zahid

KUALA LUMPUR: Hasrat untuk melihat Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali berdamai demi kepentingan Umno tidak semestinya dizahirkan dalam bentuk perbuatan.

Justeru Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak tidak perlu memaksa kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu supaya saling berpelukan sebagai mesej damai.

“Yang penting bukan tindakan fizikal sahaja tapi keikhlasan hati. Bagi saya tidak perlu ada kerelapaksaan di dalam perlakuan tetapi yang penting tindakan-tindakan (negatif) tidak lagi dilakukan sebagai tanda kebersamaan wujud dalam kepemimpinan utama parti,” katanya.

Beliau mengulas mengenai rayuan perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir kepada Muyiddin dan Najib supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai pada Sabtu ini.

Rayuan tersebut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden semasa Perhimpunan Agung Umno 2015.

Artikel Berikut

Artikel Lain