suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAU 2015: Coklat Celup Lola Tarik Perhatian Pengunjung

KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan RM100 ketika memulakan perniagaan Julai lalu, kini 'Homemade Lola Chocolate Dip' menjadi antara produk yang mendapat sambutan memberangsangkan pada Perhimpunan Agung Umno 2015.

Makanan berasaskan biskut beras, gandum dan coklat itu hasil usaha Faridah Adon, 43, dari Taman Ampang Indah dekat sini.

"Ini kali pertama saya berniaga pada perhimpunan Umno selepas dapat tahu mengetahuinya melalui kawan.

"Saya tidak sangka sambutan disini sangat luar biasa dan di luar jangkaan saya apabila ramai yang ingin mencuba produk ini," katanya kepada mstar Online di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Kata Faridah, hasil penjualannya setakat hari ini telah mencecah RM1,000 dengan tawaran empat saiz yang berbeza bermula dari RM5 hingga RM15.

"Kami ada empat saiz berbeza dengan empat kepelbagaian rasa mengikut kehendak pelanggan.

"Saya bersyukur dengan kepuasan pelanggan saya yang kerap kali mahukan produk ini setiap hari," ujar ibu kepada lima anak.

Jelas Faridah, dia berhasrat untuk memasarkan produknya di pasaran tempatan dan seterusnya ke luar negara.

"Setakat ini saya hanya beroperasi di kawasan Ampang dan jika ada keizinan mahu memperluaskan ke kawasan lain," katanya yang berhajat menyertai program Matrade. 



Artikel Lain