suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perhimpunan Agung Sayap Umno Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga sayap Umno - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan perhimpunan agung masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Perhimpunan kali ini menyaksikan kelainan apabila ia dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing, berbanding secara tradisinya yang disempurnakan timbalan presiden parti itu. 

Ketua pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil merasmikan persidangan sayap pergerakan itu di Dewan Merdeka; perhimpunan agung Pemuda pula dirasmikan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Dr Ismail manakala perasmian pergerakan Puteri disempurnakan ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Tun Hussein Onn. 

Ketiga-tiga perhimpunan itu dirasmikan secara serentak pada 8 pagi sebelum para perwakilan yang dipilih membahaskan usul antaranya mengenai pendidikan, kos sara hidup, ekonomi dan perumahan. 

Sebanyak 993 perwakilan Wanita, 992 (Pemuda) dan 991 (Puteri) menghadiri persidangan sayap berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain