suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin Curi Tumpuan Di PAU 2015

KUALA LUMPUR: Suasana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertukar kecoh sejurus ketibaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira pukul 2.50 petang Rabu.

Kehadiran Muhyiddin ternyata mencuri tumpuan hingga mencetuskan 'perang mulut' antara penyokongnya dan pihak keselamatan.

Keadaan semakin gamat apabila bekas timbalan perdana menteri itu dikerumuni jurukamera dan jurugambar yang mahu merakamkan aktiviti lawatannya ke persidangan sayap-sayap Umno.

Muhyiddin turut ditemani isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.

Terdahulu Muhyiddin meluangkan masa selama hampir 40 minit mengikuti sesi perbahasan persidangan Pergerakan Pemuda Umno.

Kehadirannya ke persidangan berkenaan turut dialu-alukan oleh pembahas yang sedang berucap.


Muhyiddin Yassin, PWTC, PAU 2015

Artikel Lain