suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Ucap Takziah Kemangkatan Tunku Laksamana Johor

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim malam Sabtu.  

"Merafak sembah takziah atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Y.A.M. Tunku Abd Jalil Sultan Ibrahim. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam laman Twitter dan Facebooknya hari ini.

Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, mangkat pada pukul 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah di sini akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat dari enam adik beradik dan putera kepada Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut