suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Umno Perlu Gilap Kemahiran Berucap

SANDAKAN: Anggota Umno perlu menggilap kemahiran berucap bagi memastikan penyampaian maklumat yang berkesan kepada rakyat. 

Menegaskan demikian, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha murni untuk rakyat, namun ada yang tidak memahami maklumat yang disampaikan mengenainya.  

"Kursus pengucapan awam penting dan sesuai didedahkan kepada sayap-sayap Umno di peringkat bahagian agar anggota parti lebih yakin dalam menyampaikan hasrat murni kerajaan kepada rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengucapan Awam Parlimen Libaran di sini pada Sabtu.  

Kira-kira 50 peserta terdiri daripada anggota Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Libaran menyertai kursus sehari anjuran Jawatankuasa Penerangan UMNO bahagian itu. 

Ditanya mengenai Perhimpunan Agung Umno, yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Disember ini di Kuala Lumpur, Pengerusi Umno Negeri itu berharap ia akan berjalan lancar, teratur dan sempurna. 

"Kita juga berharap perasaan kekitaan dan persaudaraan antara anggota parti sentiasa mewarnai perhimpunan itu," katanya. 

Artikel Sebelum

Artikel Lain