suria

Zaid Mengaku Tidak Bersalah Buat Pernyataan Gesa Najib Letak Jawatan

Zaid Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesysen di sini berhubung pernyataannya yang menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Zaid, 64, didakwa menggunakan perkhidmatan internet dengan tujuan menyinggung perasaan orang lain di http://www.zaid.my/current/rally-behind-tun-dr-mahathir-mohammad/.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan bpada kira-kira pukul 3.20 petang 3 September lalu.

Zaid didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimes 1998 (Akta 588).

Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan 22 Januari untuk tarikh pengurusan kes.

Tiada jaminan dikenakan kerana ia merupakan kes saman.

Wan Shaharuddin Wan Ladin merupakan timbalan pendakwa raya manakala peguam M. Puravalen dan Amarjit Singh Sidhu mewakili Zaid.

Zaid Ibrahim

Artikel Berikut

Artikel Lain