suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hishamuddin Rais Dilarang Ke Luar Negara

PETALING JAYA: Aktivis politik, Hishamuddin Rais terkejut selepas mengetahui beliau dilarang ke luar negara pada Khamis malam.

Pihak imigresen melarang Hishamuddin dari menaiki penerbangan ke Seoul, Korea Selatan di mana beliau akan menghadiri sebuah acara sebagai pemerhati.

"Kenapa saya dilarang adalah pertanyaan saya kepada pihak berkuasa Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hishamuddin berkata, beliau diundang ke Korea Selatan untuk menjadi pemerhati dalam satu perhimpunan rakyat yang akan didakan di negara itu pada Sabtu ini dan berjumpa dengan Agensi Polis Nasional Korea dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Nasional Korea.

"Apa yang saya cuba lakukan ialah membantu perkembangan penghormatan hak asasi antara kita sesama manusia. Kenapa saya dilarang meninggalkan Malaysia?," kata Hishamuddin. 

Hishamuddin merupakan antara aktivis termasuk Rafizi Ramli dan Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Tony Pua dari DAP yang dilarang ke luar negara. 


Hishamuddin Rais

Artikel Lain