Kempen 'Pay It Forward' Kafe Charlie Buat Golongan Memerlukan - Semasa | mStar

Kempen 'Pay It Forward' Kafe Charlie Buat Golongan Memerlukan

Kanak-kanak pelarian Myanmar yang bakal menerima sumbangan Kafe Charlie diraikan pada majlis di Sunway Mentari baru-baru ini.

PETALING JAYA: Sebuah kafe yang terletak di Taman Bukit Desa dekat sini mengadakan kempen bagi membantu golongan yang mengalami masalah kewangan.

Caranya mudah, pengunjung ke kedai itu dapat menyumbang dengan  membelikan makanan kepada mereka yang tidak berkemampuan itu.

Melalui kempen 'Pay It Forward', pemilik Kafe Charlie, Desonny Tuzan, 41 dan isterinya Deborah Leong, 35 berkata ia adalah satu satu cara untuk mereka menyumbang kepada masyarakat.

Sempena Krismas, Desonny berkata, mereka merancang untuk mengadakan majlis makan malam bersama pelarian kanak-kanak dari Myanmar pada 22 Disember ini.

Pelanggan boleh memberi sokongan dengan membeli baucer hadiah  bernilai RM15 dan majlis itu menyasarkan untuk melibatkan sehingga 80 kanak-kanak.

"Ini sebenarnya kempen berterusan. Kami bermula pada Julai dan sempena Krismas, kami mahu lakukan sesuatu yang istimewa," kata Desonny.

Pelanggan boleh bayar sebanyak mana yang mereka mahu untuk dituntut oleh golongan yang perlukan makanan.

"Charlie adalah perusahaan untuk sosial. Visi  kafe ini adalah kami mahu menyokong kerja yang diusahakan Orang Asli.

"Sebagai contoh kami beli sayur-sayuran daripada Orang Asli. Beli dari mereka dan sokong kerja mereka. Kami gembira untuk menggaji mereka.

"Untuk menyumbang kepada masyarakat, kami minta pelanggan untuk beli baucer RM5," katanya sambil menambah Kafe Charlie dibuka dari 7.45 pagi sehingga 9.30 malam setiap hari kecuali Ahad.


Kafe Charlie , Myanmar , Kirsmas

Artikel Sebelum

Hishamuddin Rais Dilarang Ke Luar Negara

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain