suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perodua Myvi Hadiah Utama Pertandingan Namakan Anak Panda

PUTRAJAYA: Sebuah kereta Perodua Myvi bakal menjadi milik pemenang utama untuk pertandingan menamakan anak panda yang akan berakhir 17 Disember ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

"Dua buah motosikal Demak Rino dan Demak DJ 90 juga menanti pemenang yang berjaya memberikan nama yang sesuai serta memenuhi syarat pertandingan tersebut sebagai hadiah saguhati.

"Hadiah keseluruhan yang ditawarkan dalam pertandingan ini adalah kira-kira RM 60,000," katanya dalam sidang media disini, pada Khamis.

Jelasnya lagi, setakat ini sebanyak 960 penyertaan telah diterima oleh kementerian sejak pertandingan menamakan anak panda bermula pada 17 November lalu.

"Jumlah penyertaan ini jelas menunjukkan ramai rakyat Malaysia berminat dalam menyertai pertandingan tersebut.

"Rakyat digalakkan menyertai pertandingan ini kerana banyak hadiah menarik menanti pemenang yang berjaya," ujarnya.

Pertandingan menamakan anak panda ini merupakan kerjasama Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan pihak Persatuan Zoologi Malaysia (MZS) dalam usaha mempromosikan aktiviti konservasi dan hidupan liar di negara.

Pertandingan yang berlangsung sehingga 17 Disember ini dibuka kepada semua dan borang penyertaan boleh dimuat turun di portal rasmi kementerian.


Panda, Zoo Negara

Artikel Sebelum

SPRM Temui PM Hari Ini

Artikel Lain