suria

Banjir: Kedutaan, Pejabat Konsul Jeneral Terus Kenal Pasti Rakyat Terjejas

PUTRAJAYA: Kedutaan Malaysia di New Delhi dan pejabat konsul jeneral Malaysia di Chennai akan terus mengenal pasti rakyat Malaysia yang terjejas oleh banjir yang melanda negeri Tamil Nadu dan Andhra Pradesh di India untuk memberi bantuan yang diperlukan.

Dalam kenyataan di sini Khamis, Kementerian Luar berkata pejabat konsul jeneral Malaysia melaporkan bahawa 40 pelajar dari Menakshi Dental College terperangkap dalam bencana alam itu.

Katanya, lapan pelajar kini ditempatkan sementara di pejabat itu dan Kementerian Luar akan terus memantau keadaan.

Menurut kementerian itu, Kerajaan Malaysia juga menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan India dan rakyat negara itu, terutama keluarga mangsa yang terjejas oleh banjir.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi bilik operasi yang dibuka di pejabat konsul jeneral itu melalui talian telefon +91-44-2433 4434/35/36 atau emel [email protected].

Chennai, Tamil Nadu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain