suria

Agensi Penguatkuasaan Diarah Kesan Musuh Sekitar Esszone

TAWAU: Semua agensi penguatkuasaan diarah supaya mengenal pasti musuh di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, musuh terlibat akan ditahan sebaik dikenal pasti.

Beliau berkata, ia melibatkan penahanan penjenayah dan pengganas di sempadan negara yang dikesan di sekitar zon berkenaan.

"Kami mahu agensi penguatkuasaan mengenal pasti musuh ini dan kami akan menahan mereka seorang demi seorang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pelan Tindakan Nasinal di sini, Rabu.

"Kami mahu menangani masalah ini kerana ia antara ancaman utama kepada rakyat Sabah yang cintakan keamanan," tambahnya.

Mengenai pengecaman Bernard Then yang dipenggal Abu Sayyaf pada 17 November, Khalid berkata, DNA ahli keluarga mangsa sudah dihantar ke Filipina.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin berkata, antara isu yang dibincangkan adalah untuk menangani cabaran ketika operasi dengan meningkatkan keberkesanannya.


Esszone, Khalid Abu Bakar, Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain