PKR Sabah Tidak Tersinggung Pertemuan Nurul-Jacel - Semasa | mStar

PKR Sabah Tidak Tersinggung Pertemuan Nurul-Jacel

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar diberi jaminan oleh rakyat Sabah bahawa perjumpaannya dengan anak Sultan Sulu Jamalul Kiram III, Jacel tidak menyinggung mereka.

Ketua pembangkang Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya di Kongres PKR berkata, rakyat Sabah tidak mengambil serius perkara ini dan memberitahu Nurul tidak perlu risau mengenainya.

"Kami tidak tersinggung dan lihat tiada salah dengan pertemuan itu," kata Lajim.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah melarang Naib Presiden PKR Nurul dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu susulan pertemuan mereka dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram di Filipina beberapa minggu lalu.

Nurul dalam ucapannya di kongres berkenaan berkata walaupun tidak dapat memasuki Sabah, tetapi sayangnya terhadap negeri itu tetap sama.

"Saya kena terima usul DUN, tetapi saya akan tetap sayangkan Sabah dan akan berjuang untuk rakyat Sabah demi mempertahankan kedaulatan negeri itu," katanya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ahli belia tidak suka pemimpin yang leka dengan kepentingan agenda tersendiri.

"Begitu juga mereka sukakan drama. Apa yang mereka mahu adalah pemimpin itu tumpukan memberi khidmat kepada masyarakat," ujar Nik Nazmi.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata kongres tahun ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal adalah antara yang termurah.

"Semua kos hanyalah Rm 150,000," jelas Rafizi dalam ucapannya.


Sabah , PKR

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain