Penganggur Didakwa Bunuh Gadis 19 Tahun - Semasa | mStar

Penganggur Didakwa Bunuh Gadis 19 Tahun

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap pertuduhan membunuh seorang gadis berusia 19 tahun di sebuah rumah di Cheras.

Lin Kok Heng, 20, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Chan Li Mei, di sebuah rumah beralamat Blok A-1-14 Jalan 6/95B Flat Cheras Ria, Cheras Utama di sini, antara 8 malam hingga 9 malam, pada 19 November lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh di hadapan Majistret Siti Radzeah Kamarudin.

Mahkamah menetapkan 2 Feb depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Diana Nor Azwa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Bernama melaporkan mangsa ditemui mati selepas dipercayai didera dalam tempoh yang lama dan mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan seluruh badan akibat kesan seterika panas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain