suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Tujuh Individu Bunuh Kevin Morais Disebut Semula 7 Januari

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes tujuh individu termasuk seorang doktor tentera yang didakwa bersubahat dan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais, Sept lepas.

Majistret Siti Radzeah Kamarudin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa memaklumkan beberapa dokumen berkaitan kes itu masih belum diperoleh.

Pembelaan yang diketuai peguam Datuk S. Sivananthan tidak membantah permohonan itu.

Mengikut pertuduhan, G. Gunasekaran, 43; R. Dinishwaran, 23; A. Thinesh Kumar, 22; M. Vishwanath, 25; S. Nimalan, 22; dan S. Ravichandaran, 34, didakwa  membunuh Kevin dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi dan 8 malam pada 4 Sept 2015.

Kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Doktor berkenaan, Pakar Patalogi Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat membunuh Kevin di tempat, pada tarikh dan masa yang sama.

Kunaseegaran didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca  bersama-sama Seksyen 302 Kanun sama, yang turut memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kevin Morais, Tentera, Bunuh

Artikel Lain