suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Izzah Saman Ismail Sabri, Ketua Polis Negara

Gambar Nurul Izzah dan Jacel Kiram yang dimuat naik di media sosial hingga mencetuskan kontroversi.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyaman Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memfitnah.

Nurul Izzah memfailkan saman fitnah terhadap mereka kerana didakwa membayangkan beliau menjadi pengkhianat kepada negara dan terlibat dalam kegiatan jenayah.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui peguam N. Surendran dan Latheefa Koya pada Khamis.

Nurul Izzah menuntut ganti rugi dan perintah injunksi bagi menghalang mereka daripada terus menerbitkan kenyataan yang serupa terhadap beliau.

Naib Presiden PKR itu mencetuskan kontroversi apabila gambar beliau dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram dalam majlis makan malam di Filipina tersebar di media sosial.

Beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pergi ke Filipina untuk bertemu pihak berkepentingan politik di sana.

Kedua-duanya sudah memohon maaf.

Kedua-dua mereka berkata tidak mengetahui bahawa individu berkenaan adalah anak kepada Jamalul Kiram.

Artikel Lain

Ziana Zain dapat gelaran Datuk