suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ada Hak Tentukan Bilangan Menteri, Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana menteri mempunyai hak prerogatif untuk menetapkan bilangan menteri dan timbalannya dalam Kabinet semasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata bagaimanapun pemilihan menteri dan penentuan saiz Kabinet biasanya ditentukan perdana menteri berdasarkan kesesuaian dan keperluan semasa.

"Kita tidak boleh semata-mata membandingkan bilangan menteri antara pentadbiran perdana menteri sekarang dan lepas-lepas.

"Setiap menteri yang dilantik mempunyai portfolio serta bidang tugas masing-masing yang telah dikhususkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Ngeh Koo Ham (Beruas-DAP) di Dewan rakyat, Selasa.

Koo Ham bertanya mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan begitu ramai menteri dan timbalan di bawah pentadbirannya berbanding perdana menteri sebelum ini serta pentadbiran negara lain.

Pentadbiran semasa Najib mempunyai 37 menteri dan 32 timbalan menteri.

Mengulas lanjut Azalina berkata, mengambil kira keadaan dunia tanpa sempadan dan Malaysia yang mempunyai pelbagai latar belakang dan budaya, kerajaan perlu memikul pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk memastikan negara terus aman, makmur dan sentosa.

"Justeru menteri dan timbalan menteri telah dilantik di bawah portfolio masing-masing untuk memastikan segala perancangan dan agenda yang dirangka dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Dewan Rakyat, Kabinet

Artikel Berikut

Artikel Lain