suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nikmati 9 Hujung Minggu Yang Panjang Pada 2016

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia akan menikmati sembilan kali cuti hujung minggu yang panjang berjumlah 30 hari pada tahun depan.

Bagaimanapun ia tidak menjejaskan bilangan hari bekerja tahun depan iaitu 251 hari.

Ia juga tidak mengambil kira bilangan cuti di peringkat negeri yang berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Kelantan, dan Sarawak akan mempunyai satu hujung minggu yang lebih panjang.

Sementara itu penduduk di Kedah, Sabah, Labuan dan Melaka akan meninkmati dua kali hujung minggu lebih panjang.

Sehubungan itu ia dilihat bahawa rakyat Malaysia mempunyai banyak peluang untuk bercuti di hujung minggu yang panjang.

Hujung minggu yang panjang dalam tahun 2016 bermula dari Tahun Baru Cina (6-9 Februari) dan termasuk Hari Pekerja (30 April hingga 2 Mei), Hari Raya Haji (10-12 September), Hari Malaysia (16-18 September), Deepavali (29-31 Oktober) dan Krismas (24-26 Disember).

Rakyat Malaysia yang mengambil cuti pada 8 Julai akan mempunyai cuti lima hari sempena Hari Raya Aidilfitri, yang dijangka jatuh pada 6 Julai dan 7.

Apa yang ketara, bilangan hujung minggu yang panjang tahun depan adalah kurang daripada apa yang dinikmatinya pada tahun ini, yang berjumlah 11.

Pada tahun 2017, akan ada lapan hujung minggu yang panjang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain