suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Panggil Nurul Izzah Beri Keterangan Pertemuan Jacel Kiram

Nurul Izzah Anwar.

KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil Nurul Izzah Anwar untuk diambil keterangannya berhubung pertemuan dengan 'puteri' Sulu, Jacel Kiram, bagaimanapun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu masih belum berbuat demikian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, polis akan mengambil jalan keluar menerusi Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah bagi mengeluarkan perintah bertulis untuk mengarahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tampil memberikan keterangannya.

"Kita faham beliau mempunyai kekangan masa berikutan kedudukan dan komitmen hariannya, jadi kita akan tunggu untuk beberapa hari.

"Tetapi sekiranya beliau masih tidak tampil, kita akan menggunakan seksyen 111 KPJ," katanya pada sidang media di Cheras, Selasa.

Mohmad berkata, polis menyiasat Nurul Izzah di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 berikutan pertemuan beliau dengan Jacel.

"Terdapat lebih 90 laporan polis terhadap beliau yang dibuat di seluruh negara, tetapi kebanyakannya dari Sabah," katanya.

Ditanya sekiranya polis turut memanggil Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung pertemuan itu, Mohmad berkata, tumpuan mereka kini adalah Nurul Izzah.

"Kita lihat apa yang Nurul Izzah katakan dahulu, kemudian baharu kita lihat beliau (Tian Chua)," katanya.

Jacel Kiram merupakan anak kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan seramai 200 tentera Sulu menceroboh Sabah pada Februari 2013.

Artikel Berikut

Artikel Lain