suria

Serangan Paris: Menara KL Nyalakan Lampu Lambang Solidariti

PETALING JAYA: Biru, putih dan merah pada bendera Perancis dipaparkan pada Menara Kuala Lumpur pada Sabtu malam sebagai lambang solidariti susulan serangan berdarah di Paris yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 maut.

"Bagi menunjukkan keprihatinan dan sokongan kepada Perancis, Menara Kuala Lumpur menyalakan lampu merah, biru dan putih selama seminit setiap jam," demikian keterangan gambar pada Instagram MenaraKL.

Ia juga memberitahu, lampu itu dinyalakan mulai tengah malam hingga pukul 7 pagi Ahad.

Menara Kuala Lumpur adalah antara mercu tanda dunia yang bertindak sedemikian sebagai solidariti kepada Perancis.

Selain itu, Opera House Sydney, The London Eye, Ericsson Globe Arena Stockholm, Madrid City Hall, Shanghai's Oriental Pearl TV Tower and One World Trade Center New York antara yang menyalakan lampu berasaskan warna bendera Perancis.

Pada Jumaat, militan dan pengebom berani mati melancarkan serangan ke atas restoran, dewan konsert dan stadium di Paris.

Menara Kuala Lumpur, Perancis

Artikel Lain