suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri Keadilan Sewajarnya Terhadap Insiden Serangan Paris - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Siri serangan lelaki bersenjata di Paris pada Jumaat, yang mengorbankan lebih 100 orang, adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan dan harus dikutuk selain perlu diberi keadilan sewajarnya, kata  Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, pergerakan itu bersama-sama dengan umat Islam lain yang secara tegasnya membantah perbuatan kejam itu.

Wanita Umno juga berganding bahu dengan semua anggota masyarakat yang mahukan keamanan dunia dalam mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini yang membunuh beramai-ramai orang tidak berdosa di Paris,  katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu malam.

"Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa," katanya.

Menurut laporan, lebih 100 orang terbunuh dalam serangan pada Jumaat malam di sebuah dewan konsert, restoran-restoran di pusat bandar dan berdekatan Stade de France.-- Bernama


Paris, Shahrizat Abdul Jalil, Umno

Artikel Berikut

Artikel Lain