suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bajet 2016 Guna Kaedah Pengurusan Nilai - Ahmad Husni

KUALA LUMPUR: Bajet 2016 akan menggunakan kaedah pengurusan nilai bagi memastikan sasaran defisit fiskal 3.1 peratus bagi tahun depan dapat dicapai.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata kaedah berkenaan lebih berkesan kerana ia meminimumkan harga dan mengoptimumkan kos.

"Begitu juga bagi perbelanjaan pembangunan, kita tak mahu lagi anggaran dibuat berdasarkan konservatif. Dengan itu kami percaya 3.1 peratus (sasaran defisit fiskal) dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan penerangan mengenai Bajet 2016 pada Majlis Penerangan Perdana pada Sabtu.

Beliau berkata Bajet 2016 yang merupakan bajet pertama untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) bukan semata-mata bagi pembangunan Malaysia pada tahun depan sebaliknya memastikan negara berada di landasan tepat menjadi negara maju pada 2020.

Ahmad Husni berkata ekonomi negara dijangka berkembang 4.0 - 5.0 peratus tahun hadapan, berbanding 4.5 - 5.5 peratus jangkaan tahun ini berikutan kelembapan ekonomi dunia, jangkaan harga komoditi dan minyak yang terus berada pada paras rendah. 

Mengenai isu kenaikan harga barang, Ahmad Husni berkata kerajaan sedang melihat isu penetapan harga yang tidak adil di kalangan peniaga.

Beliau berkata melalui sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kerajaan dapat menyemak kos, keuntungan dan kerugian kira-kira 400,000 syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Bila kami semak, kami tahu kos barang berapa, berapa patut dapat marginpaling tinggi, jadi kami tahu jika harga tidak adil," katanya.

Katanya selain penetapan harga tidak adil, punca kenaikan harga juga disebabkan kenaikan harga barang import, tekanan kos dan permintaan meningkat.

Dalam penerangan selama lebih sejam itu, Ahmad Husni turut menggunakan tayangan video untuk menarik perhatian ribuan hadirin yang hadir.

Artikel Lain