suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Individu Dipercayai Letupkan Mesin ATM

KUALA LUMPUR: Tiga individu merupakan suspek utama dalam kejadian meletupkan dua buah mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Desa Jaya, Kepong awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 pagi itu disedari anggota polis peronda yang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga suspek yang memakai topeng muka dipercayai telah menggunakan dua butir bom buatan sendiri untuk meletupkan kedua-dua mesin ATM itu.

"(Rakaman CCTV turut menunjukkan) suspek melarikan diri menggunakan sebuah MPV bewarna gelap," katanya.

Ali berkata hasil siasatan mendapati sebanyak RM160,000 dilarikan dan letupan turut mengakibatkan pintu cermin premis bank pecah.

Namun sebuah mesin pendeposit wang tidak terjejas, katanya.

ATM, Kepong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain