suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja-Kerja Pembersihan Di Lebuhraya KL-Karak Masih Dijalankan

Pemandangan lokasi kejadian tanah runtuh di KM 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang diambil menerusi udara. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembersihan susulan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih diteruskan.

Anih Berhad dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata laluan yang ditutup sejak Khamis adalah dari Selesa Hilhomes di KM42 sehingga ke Plaza Tol Bentong di KM62.

"Kami menjangkakan pembersihan akan mengambil masa selama dua hari tetapi ia bergantung kepada pihak polis untuk memberi kebenaran bila laluan itu dibuka.

"Selain itu, pihak Anih juga akan meneruskan aktiviti pemantauan berkala terhadap semua cerun di lebuh raya untuk memastikan keadaan cerun sentiasa berada dalam keadaan baik," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Anih Berhad masih lagi menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar dan tindakan pencegahan akan dilaksanakan bagi mengelak insiden berkenaan berulang kembali.

Kejadian banjir lumpur berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 6.30 petang Rabu menyebabkan sebahagian lebuh raya dari kedua-dua arah tidak boleh dilalui dengan tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu.

Kesemua pemandu dan penumpang selamat. - BERNAMA

Artikel Lain