suria

Tanah Runtuh: Tiada Kehilangan Nyawa

KUANTAN: Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan insiden tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi tidak melibatkan kehilangan nyawa.

"Kerja pembersihan telah dimulakan pada jam 8 malam," katanya.

Sementara itu, Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan dengan keadaan cuaca dilaporkan masih hujan.

Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

Terdahulu, sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian tanah runtuh di Km 52.4 berhampiran Lentang-Bukit Tinggi pada pukul 7.18 malam Rabu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain