suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Direman Susulan Kematian Ibu

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Dua beradik direman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kematian ibu mereka di sebuah pangsapuri di Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata kedua-dua mereka yang berusia 22 dan 25 tahun itu direman bermula pada Rabu hingga Selasa depan.

"Polis akan menyiasat setiap aspek berhubung kes berkenaan," katanya.

Polis pada Selasa menahan dua beradik berkenaan iaitu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan kes kematian Wan Yah Wan Mat, 63.

Mayat wanita itu ditemui dengan beberapa kesan kecederaan di ruang tamu di unit kediaman di Tingkat 16 pangsapuri berkenaan. - BERNAMA

dua beradik, bunuh, ibu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain