suria

Devamany Pengerusikan DUN Perak Minggu Depan - Zambry

S.K. Devamany.

IPOH: Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bersidang pada minggu depan akan dipengerusikan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S.K. Devamany, kata Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar Perak itu berkata beliau masih belum menerima sebarang surat peletakan jawatan atau kenyataan rasmi daripada Devamany.

"Saya masih belum bertemu dengan beliau, jadi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai kedudukannya sebagai Speaker buat masa ini. Kita tunggu dan lihat.

"Namun beliau akan terus mempengerusikan DUN yang akan bersidang pada minggu depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Ketika ditanya sekali lagi sama ada terdapat calon lain yang disenarai pendek untuk jawatan Speaker, Dr Zambry enggan memberikan sebarang komen.

Dr Zambry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Devamany bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Speaker DUN sekiranya dilantik sebagai Timbalan Presiden MIC.

Terdahulu, Devamany menewaskan Datuk M.Saravanan untuk mengisi jawatan Timbalan Presiden yang baharu dengan kemenangan tipis.



S.K. Devamany, DUN Perak, Speaker, MIC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain