suria

Pulau Pinang Tubuh Badan Peronda Sukarela

Lim Guan Eng.

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri menubuhkan Badan Peronda Sukarela, satu langkah dilihat sebagai menggantikan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diisytiharkan sebagai pertubuhan haram.

Permohonan keahlian sedang dibuka dengan BPS dijangka dilancarkan pada 1 Januari tahun depan.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata barisan hadapan itu akan dipanggil sekiranya berlaku kes kecemasan dan operasi menyelamat.

Katanya, penubuhan tersebut akan diletakkan di bawah bidang kuasa Biro Kebajikan, Perpaduan dan Hubungan Masyarat, Jawatankuasan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.

Setiap kawasan di negeri ini akan mempunyai antara lima dan 10 pasukan dengan satu pasukan terdiri daripada 15 ahli.

Pada 31 Ogos tahun lalu, seramai 158 ahli PPS ditahan kerana menyertai perarakan Hari Kebangsaan Ke-57 peringkat negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Persekitaran dan Kesejahteraan Masyarakat (Exco) Pulau Pinang, Phee Boon Poh, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer dan Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik antara yang ditahan.

Kesemua 158 ahli PPS itu dibebaskan daripada tahanan polis selepas ikat jamin mereka berakhir pada 1 Disember tahun lalu.

Pada 8 Otkober lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menolak permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Lim dalam satu kenyataan selepas itu berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

Unit itu yang ditubuhkan pada 2011 oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membendung kegiatan jenayah dan membantu aktiviti kesukarelawan mempunyai seramai 9,000 ahli.

Artikel Sebelum

Artikel Lain