suria

Sirim Boleh Uji Peranti Vape

KOTA KINABALU: Pengenalan standard keselamatan bagi peranti vape sedang dipertimbangkan selaras dengan kebimbangan mengenai tahap kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Tangau berkata, Sirim Bhd menerusi anak syarikat Sirim QAS International mempunyai keupayaan untuk menguji keselamatan peranti vape.

Katanya ujian keselamatan untuk peralatan vape antara lain akan memberi tumpuan kepada bateri ion litium yang digunakan dalam peranti berkenaan.

Wilfred berkata ujian lain seperti kitaran haba, getaran, kejutan mekanikal, pelepasan cas secara paksa, proses mengecas tidak normal, kesan jatuhan, pendedahan terhadap haba, pemasangan yang tidak betul dan proses mengecas secara berlebihan boleh juga dijalankan.

"Setiap daripada ujian ini akan memastikan tidak ada litar pintas, letupan atau kebakaran," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Berbanding e-rokok, beliau berkata alat-alat ini biasanya akan menggunakan pengecas biasa atau adapter yang sudah tertakluk kepada piawaian tertentu seperti MS: MS IEC 60335-1: 2013 dan EN IEC 60335-2-29: 2005.

Vape, Sirim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain