suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Memerlukan Sosma - Gani Patail

Abdul Gani Patail.

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(Sosma) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan. 

Ketika berucap pada forum bertajuk 'Sosma - Wolf in Sheeps Clothing', Abdul Gani berkata, Sosma masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.

Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini malam Selasa.

"Keperluan Sosma terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS...tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Gani berkata, beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik Sosma kerana beliau yang menggubal akta berkenaan. - Bernama

Abdul Gani Patail, Sosma

Artikel Lain