suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KUALA LUMPUR: Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari tadi susulan kebocoran pada tangki muatan gas sebuah lori tangki, menurut jurucakap Pusat Trafik PLUS.

Beliau berkata ia ditutup bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih kebocoran pada tangki itu yang disertai pasukan bomba bersama-sama kakitangan PLUS.

"Laluan itu dijangka dibuka semula lewat petang ini selepas kerja yang dijalankan itu selesai," katanya.

Pengguna lebuh raya dinasihat menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Jurucakap itu berkata anggota polis turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian.

Gopeng, tapah

Artikel Lain