suria

Kekanda Kepada Yang Di-Pertuan Agong Mangkat

ALOR SETAR: Tunku Hamidah Almarhum Sultan Badlishah, 90,kekanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah mangkat di sinipada Rabu.

Ketua Setiausaha Sultan Kedah, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah dalam satu kenyataan, berkata Tunku Hamidah mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pada pukul 11.50 pagi akibat kegeringan.

Jenazah Almarhumah Tunku Hamidah akan disemadikan di Makam DiRaja Langgar dekat sini pada 10 pagi Khamis, katanya sambil mengucapkan takziah kepada keluarga baginda.

Menurutnya, jenazah baginda mulai disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit bermula 3 petang Rabu sehingga 7 malam untuk penghormatan terakhir.

Syed Unan Mashri meminta semua berdoa ke hadrat Illahi semoga roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama para Shuhadah dan Solihin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain