suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri Peluang Malaysia Menang Ketika Bertemu Palestin - PM

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada berseloroh merayu kepada seorang wartawan Palestin supaya memberi peluang kepada pasukan negara memenangi aksi kelayakan Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung pada 12 November ini.

Semasa sesi soal jawab pada Forum Ekonomi Dunia Islam (WEIF) pada Selasa, Najib dalam nada jenaka berkata: 'Dengan cara ini sila benarkan Malaysia untuk menang ke atas Palestin. Kami akan bertemu dengan mereka. Kami tewas 0-10 ke atas UAE. Ia amat memalukan. Kami berharap tidak mencatatkan keputusan teruk."

Skuad negara tewas 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi pada 4 September lalu.

Malaysia akan beraksi menentang Palestin di Hebron pada 12 November ini.




Artikel Lain