suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota PAC Tidak Perlu Angkat Sumpah - Hasan

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan bagi anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengangkat sumpah kerahsiaan bagi mengelak berlakunya kebocoran maklumat, demikian menurut Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin.

"Perkara pertama yang saya tekankan, ahli PAC tidak perlu angkat sumpah.

"Sebagai ahli Parlimen kita sudah angkat sumpah di Parlimen, PAC pula adalah sebagai sebahagian jawatankuasa di dalam Parlimen," katanya di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama PAC selepas fungsinya tertangguh sejak beberapa bulan yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mencadangkan supaya anggota PAC mengangkat sumpah kerahsian bagi memelihara integriti jawatankuasa itu khususnya membabitkan kebocoran maklumat mesyuarat dan siasatan yang dijalankannya.

PAC, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Lain