suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPM 2015 Bermula Hari Ini

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri P.Pinang, Shaari Osman meninjau pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul, Isnin. Seramai 440,682 calon yang berdaftar untuk peperiksaan yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara sehingga 8 Disember.- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara pada Isnin didahului subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2.

Sejumlah 440,682 calon berdaftar untuk peperiksaan itu yang berlangsung di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh sehingga 8 Disember.

Daripada jumlah itu, 379,466 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 29,799 merupakan calon persendirian.

Sejumlah 34,146 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran peperiksaan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri terbaharu Twitter pada Ahad mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM.

Artikel Lain