suria

Penemuan Mayat Tebusan Warga Korea: Keluarga Doa Mangsa Culik Lain Selamat

Ahli keluarga mangsa culik oleh Abu Sayyaf iaitu, Bernard Then.

KOTA KINABALU: Ahli keluarga dua rakyat Malaysia yang diculik oleh lelaki bersenjata dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf, mendoakan kepulangan mangsadalam keadaan selamat selepas berita penemuan mayat warga Korea Selatan di kampung Patikul di Jolo.

"Kami doakan mereka selamat pulang. Kami harap mereka akan pulang ke rumah dengan sempurna," kata Christopher Then, abang kepada Bernard Then,39 yang diculik bersama pengurus restoran Thien Nyuk Fun, 50 di Ocean Seafood Restaurant di Sandakan pada 15 Mei.

Christopher berkata mereka berasa sedih terhadap keluarga tebusan warga Korea Selatan, Hong Noi-sung.

"Apabila laporan berita keluar semalam, kami sangat khuatir dan bimbang. Saya harap adik saya akan pulang dengan selamat," katanya.

Hong yang berusia 73 tahun, meninggal dunia disebabkan penyakit selepas diculik selama sembilan bulan dan tujuh hari oleh kumpulan Abu Sayyaf. Dia dijumpai mati pada petang Ahad di Patikul.

Berdasarkan laporan, Hong diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di Indanan yang juga menculik dua rakyat Malaysia.

Usaha sedang giat dijalankan untuk membebaskan tebusan rakyat Malaysia.

Tebusan, Culik, Korea Selatan

Artikel Sebelum

Artikel Lain