suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guan Eng Selar PAS Pada Konvensyen DAP Selangor

Lim Guan Eng.

PETALING JAYA: PAS menjadi topik hangat dalam perbincangan pada konvensyen DAP Selangor, dengan Lim Guan Eng menyelar parti Islam itu kerana tidak mahu menyokong usul penolakan Bajet 2016.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan PAS tersebut begitu mengecewakan, menunjukkan parti berkenaan tidak bersama-sama dengan parti pembangkang lain.

"Ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya bekerjasama rapat dengan Barisan Nasional," dakwa Guan Eng dalam ucapannya pada perasmian konvensyen itu, Ahad.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa parti Islam tersebut tidak akan menyertai parti-parti pembangkang lain dalam usul menolak Bajet 2016.

Guan Eng mendakwa bahawa kenyataan Abdul Hadi itu menunjukkan PAS lebih memilih untuk bersama dengan Barisan Nasional.

PAS, DAP, Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang

Artikel Lain