suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Debat 1MDB Tak Jadi Masalah Jika Bantu Jernih Keadaan - Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR: Debat terbuka mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh diadakan jika ia dapat membantu memperjelaskan kepada orang ramai pelbagai isu membabitkan syarikat itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata debat antara Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua tidak menjadi masalah untuk diadakan sekiranya ia boleh menjernihkan keadaan.

"Saya secara peribadi menyambut baik debat itu diadakan tetapi kalau ia menjurus kepada kemusnahan dan tidak ada perkara yang membina untuk orang ramai, saya bimbang bahawa ia tidak memberi manfaat kepada kita semua.

"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bahawa isu 1MDB harus diselesaikan dengan segera," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai acara larian amal Malaysian United Run anjuran Institut Onn Jaafar (IOJ) di Padang Merbuk, di sini, Ahad.

Khamis lepas, Arul Kanda dalam satu kenyataan berkata beliau sedia berdebat dengan Pua secara langsung di televisyen dengan syarat anggota Parlimen Petaling Jaya Utara daripada DAP itu meletak jawatan sebagai anggota PAC.

Peneraju 1MDB itu berkata demikian bagi menyahut cabaran Pua melalui blognya agar mereka mengambil bahagian dalam rancangan bual bicara secara langsung, dengan Pua menjadi pihak yang mengemukakan soalan.

Pada masa sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1MDB antara Arul Kanda dan Tony Pua.

Artikel Lain