suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Kesihatan Akan Didik Orang Ramai Kesan Sampingan Vape

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan mendidik orang ramai mengesan kesan buruk kerana menghisap rokok elektronik (vape) dan akan mengawal penggunaannya, kata Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

"Kabinet menyedari keperluan untuk pendidikan kesihatan orang awam mengenai kesan buruk menghisap vape dan keperluan untuk memperketatkan kawalannya.

"Kementerian Kesihatan akan segera melaksanakan kedua-dua langkah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Subramaniam berkata, Kabinet telah mengadakan perbincangan mengenai iklim dan budaya menghisap vape dengan ketara dan menyedari kesan terhadap kesihatan bagi kedua-dua rokok dan vape.

Beliau turut menyuarakan kebimbangannya mengenai peningkatan mendadak bagi bilangan orang yang menghisap vape di Malaysia dan kesan jangka panjang akibat menghisap vape yang mengandungi nikotin, formaldehid dan propilena glikol.

Terdahulu, Kabinet membuat keputusan untuk tidak mengharamkan penggunaan rokok elektronik itu.

rokok elektronik, vape, Subramaniam

Artikel Berikut

Artikel Lain