suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Joseph Kurup Bakal Jadi Timbalan Presiden PBRS

KOTA KINABALU: Anak sulung Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup bakal mengambil alih jawatan timbalan presiden parti.

Athur, 33, memperoleh lebih separuh pencalonan daripada 23 bahagian parti manakala penyandangnya, Datuk Elron Alfred Angin hanya mendapat tujuh pencalonan.

Seorang pegawai parti berkata, calon-calon perlu mendapatkan pencalonan daripada sekurang-kurangnya separuh kesemua bahagian PBRS untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

Arthur yang merupakan Ketua Pemuda PBRS, dijangka dinamakan bagi jawatan itu pada pemilihan parti yang akan diadakan pada persidangan perwakilan tiga tahun sekali pada 1 November.

Kurup kekal memegang jawatan presiden tanpa bertanding selepas penamaan calon tutup pada 28 Oktober.

Arthur merupakan seorang peguam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan merasmikan sidang perwakilan PBRS di sini pada 1 November.

Artikel Sebelum

Unisel Akan Iktiraf Sijil UEC

Artikel Lain