Dr Mahathir Bertanggungjawab Terhadap Situasi Politik Semasa Negara Ini - NGO - Semasa | mStar

Dr Mahathir Bertanggungjawab Terhadap Situasi Politik Semasa Negara Ini - NGO

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab terhadap hal ehwal situasi politik semasa di negara ini.

Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata beliau masih ingat semasa era pentadbiran Dr Mahathir dan penindasan yang dilakukan bekas perdana menteri itu semasa kepimpinannya.

"Dr Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan fitnah sivil.  Dia dan Lee Kuan Yew (bekas perdana menteri Singapura) memutuskan bahawa cara terbaik untuk menghalang musuh politik adalah dengan membuatkan mereka muflis, mengheret mereka ke dalam prosiding jenayah supaya mereka sibuk mempertahankan diri dan tidak boleh melibatkan diri dalam politik," katanya pada majlis mengumumkan laporan HRW bertajuk "Creating a Culture of Fear: The Criminalisation of Peaceful Expression in Malaysia" di Hotel Park Royal di sini Selasa.

Adams berkata Dr Mahathir terus mengambil risiko terhadap bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia adalah bapa kepada semua ini di Malaysia dan bagi dirinya untuk berdiri di khalayak ramai dan mengadu mengenai hak kebebasan bersuara atau demokrasi benar-benar tidak boleh diterima.

"Dia hanya perlu berdiam diri dan meminta maaf atas apa yang dilakukannya," kata Adams.

Adams berkata HRW sedang cuba untuk mengatur mesyuarat dengan pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara, Kementerian Luar dan Jabatan Perdana Menteri.

"Ia seharusnya menjadi perbualan sebenar dengan mereka. Saya pasti Kementerian Luar akan menasihati kami supaya tidak mencampuri urusan dalaman negara tetapi kami hanya percaya kepada hak asasi manusia sejagat.

"Apabila Perdana Menteri mengambil alih jawatan pada April 2009, beliau berjanji untuk menegakkan kebebasan awam dan menghormati hak-hak asasi manusia.

"Namun, keadaan berubah apabila parti pemerintah hilang undi popular pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13)," katanya.

Dokumen setebal 143 muka surat itu melaporkan penggunaan kerajaan ke atas pelbagai undang-undang untuk mengawal kebebasan bersuara termasuk pertikaian mengenai kepentingan awam.

Dr Mahathir Mohamad , HRW , Brad Adams , politik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain