suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengerusi Baharu PAC Adakan Mesyuarat Pertama Isnin Depan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan mesyuarat pertamanya minggu depan, demikian menurut Datuk Hasan Arifin.

Hasan yang dipilih sebagai pengerusi PAC yang baharu bagaimanapun enggan mendedahkan agenda mesyuarat berkenaan.

"Kita akan bermesyuarat Isnin depan. Nanti kita akan maklumkan (agenda mesyuarat)," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Mesyuarat PAC dilihat dinantikan banyak pihak berikutan siasatan jawatankuasa itu ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah digantung susulan pelantikan pengerusi terdahulu, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam Kabinet Persekutuan.

Selain Nur Jazlan, tiga ahli PAC lain yang dinaik pangkat ialah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau.

Pada Isnin Dewan Rakyat dimaklumkan menggenai pelantikan lima ahli PAC yang baharu membabitkan wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Lima yang berkenaan ialah Datuk Dr Makin Mojigoh (BN-Putatan) menggantikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Madius Tangau, Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) akan menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan manakala Datuk Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) akan mengambil alih kerusi Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Selain itu Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) pula dilantik menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong yang melepaskan jawatan tersebut pada 25 Jun 2014.

Sementara itu, Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Baru) menggantikan tempat Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PAC, 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain