suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Bimbang Salur Maklumat Tentang Rasuah - SPRM

Jamidan Abdullah.

BALING: Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang perlakuan rasuah kerana tindakan mereka dilindungi oleh undang-undang, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Jamidan Abdullah berkata saksi yang memberi kerjasama berkaitan kes rasuah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009.

"Kita juga membuka kertas siasatan tertentu untuk menyiasat individu yang  menganiaya pemberi-pemberi maklumat," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Merakyatkan SPRM' di sini, Selasa.

Beliau berkata masyarakat tidak perlu bimbang tampil memberi maklumat kerana SPRM akan menjalankan tugas dengan telus dalam menegakkan keadilan untuk mereka.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Mohd Fauzi Muhamad berkata pihaknya melakukan 55 tangkapan sejak awal tahun sehingga kini, berkaitan gejala rasuah berbanding 22 penahanan dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata tangkapan sepanjang tahun ini, dibuat hasil 320 maklumat diterima suruhanjaya berkenaan berbanding 22 tangkapan daripada 490 maklumat yang diterimanya pada tahun lepas.

"Pencapaian itu hasil maklumat berkualiti daripada kerjasama masyarakat umum yang bersama-sama membantu SPRM membanteras rasuah," katanya. - BERNAMA

SPRM, Jamidan Abdullah, rasuah

Artikel Lain