suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jerebu: 34 Penerbangan Di Langkawi Dibatalkan

LANGKAWI: Jerebu kembali melanda Langkawi dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat mencecah 149 pada pukul 2 petang tadi sehingga memaksa 34 penerbangan keluar masuk dibatalkan.

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Jefri Ramli berkata 12 lagi penerbangan masuk dan keluar di situ terlewat dari jadual berikutan jarak ketampakan yang rendah.

"Lapangan terbang ini masih tetap beroperasi dan keputusan membatalkan penerbangan dibuat syarikat penerbangan sendiri setelah mendapat maklumat dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam)," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi, Marzuki Daud turut memaklumkan semua sekolah di pulau ini ditutup esok berikutan trend bacaan IPU tidak sihat yang semakin meningkat.

Jerebu yang semakin teruk mula dialami petang semalam dan ini merupakan kali kedua Langkawi dilanda keadaan ini setelah masalah sama berlaku pada awal bulan ini.

Jerebu, Langkawi

Artikel Lain