suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno P.Pinang Sedia Jalin Kerjasama Politik Dengan PAS

Zainal Abidin Osman.

BUKIT MERTAJAM: Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang yakin kerjasama politik dengan PAS akan membawa kepada kejayaan kedua-dua pihak.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata Umno Pulau Pinang bersedia untuk menjalin kerjasama ini berdasarkan pendirian Umno yang enggan melihat Melayu berpecah kepada puak-puak kecil dan berbeza pandangan.

"Kita sedia untuk jalin kerjasama dengan PAS mahu pun mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berlandaskan Islam.

"Namun keputusan itu hanya boleh dimuktamadkan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua parti," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah. - BERNAMA

Umno, PAS, Pulau Pinang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain