suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAS Kelantan Perlu Masa Kaji Mansuh Taklik - Ahmad

Ahmad Yakob.

KOTA BARU: PAS Kelantan masih meneliti kemungkinan memansuhkan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyatnya sebagaimana dicadangkan presiden parti itu pada Ahad.

Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kajian mendalam perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Perdana di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Selasa.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan berkata PAS tidak menolak kemungkinan memansuhkan penggunaan lafaz taklik itu ke atas isteri yang dikenakan kepada wakil rakyat di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Lafaz taklik itu diperkenalkan bagi mengelakkan wakil rakyat PAS itu dari melompat parti. - BERNAMA

lafaz taklik, PAS

Artikel Lain