suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Beri Amaran Keras Kepada Penyokong Piala Sultan Selangor

Khalid Abu Bakar.

SHAH ALAM: Polis memberi amaran keras kepada penyokong agar tidak membawa barang terlarang terutama suar dan senjata berbahaya ketika perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Anggota Jawatankuasa Piala Sultan Selangor berkata, penyokong kedua-dua pasukan sepatutnya menjaga tingkah laku ketika menonton perlawanan berkenaan.

"Perlawanan ini melibatkan pemain dari Singapura dan kemungkinan besar akan ditonton peminat di luar negara. Dengan mempamerkan imej yang baik ia akan memberi kesan positif kepada nama baik negara.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi sepanjang berlangsungnya perlawanan itu nanti," katanya dalam sidang media khas mengenai Piala Sultan Selangor yang kini memasuki edisi ke-14 di sini, Isnin.

Khalid berkata kehadiran polis akan ditingkatkan untuk perlawanan antara Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura serta pasukan veteran kedua-dua pasukan yang menjadi acara pembuka tirai.

Beliau juga mengingatkan penyokong supaya hadir ke stadium lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan menuju ke stadium selain mematuhi arahan polis dalam aspek meletak kenderaan. - BERNAMA


Artikel Lain