suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usul Pinda Akta Mahkamah Syariah Perlu Tunggu Urusan Mahkamah Selesai - Hadi

Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin mengesahkan bahawa usul bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 hanya akan dibentangkan di Parlimen selepas proses mahkamah selesai dilakukan.

"Kita hanya akan boleh kemukakan usul (Rang Undang-Undang Persendirian) bagi meminda akta itu selepas proses di mahkamah selesai sebelum memilih tarikh baharu untuk kemukakan semula usul untuk meminda akta itu," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan lobi Parlimen di sini, Isnin.

Pada 13 Oktober, Mahkamah Tinggi menetapkan 9 Nov ini untuk keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan empat yang lain bagi membatalkan saman empat individu berhubung pembentangan rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dalam sidang Parlimen.

Pada 12 Jun lepas, empat individu itu menfailkan saman pemula bagi menghalang pembentangan rang undang-undang itu di Parlimen.

PAS bagaimanapun mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi membatalkan injuksi berkenaan pada 2 Julai lepas.  - BERNAMA

Artikel Lain