suria

Dadah: 22 Ditahan Termasuk Remaja 13 Tahun

PADANG TERAP: Polis menahan 22 orang termasuk seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kerana terbabit dadah, dalam dua serbuan berasingan di Felda Lubuk Merbau, Sik dan Kampung Tanjung Piring, Naka, awal pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam serbuan pada 5.30 pagi remaja terbabit ditahan ketika sedang melepaskan gian sambil menaiki motosikal di Felda Lubuk Merbau.

"Remaja yang tidak bersekolah itu ditahan buat kali kedua dan didapati positif dadah jenis heroin. Ibu bapa remaja ini juga mempunyai rekod lampau berkaitan dadah," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Selain remaja terbabit, katanya, polis turut menahan dua pengedar dadah yang merupakan penduduk setempat berusia awal 30-an dan merampas heroin seberat 20 gram bernilai RM500.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983, katanya. - BERNAMA

dadah, remaja, dadah

Artikel Lain